sd main logo

Muslim Halal Industry 

Muslim Halal Industry 

Menu

TERAS KAMI

Muslim Halal Industry (MHI)
Muslim Halal Industry (MHI)

Makan Tanpa Was², Halallan Toyibah. 

سم الله الرحمن الرحيم

Muslim Halal Industry (MHI) - pengilang produk makanan sejuk beku & produk makanan kering yang terletak di Melaka Halal Hub - Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kami berpengalaman dalam menghasilkan makanan sejuk beku dan produk makanan kering yang diterima secara meluas di Malaysia semenjak 2015, produk kami dijual di seluruh Pasaraya Family Store Melaka dan Negeri Sembilan, DMDI Mart (Dunia Melayu Dunia Islam) di Kota Cemerlang Ayer Keroh Melaka, Halmart, HT Mart, Elfalah Mart, Pasar Mini Choong Hoe, Grocer In Setia Alam, PERAPIM Halal Mart, Pasaraya Yes Eco seluruh negeri Melaka, kami juga merupakan pembekal Lesong Mart seluruh Malaysia, kami telah pun menembusi pasaran ke Singapura dan merancang ke seluruh dunia.

Kami mengalu-alukan pemborong, peruncit, ejen atau peniaga untuk menggunakan jenama ARFI sebagai produk makanan Halalan Toyibah. Makanlah tanpa was-was. 

Kami sangat komited untuk menghasilkan dan memasarkan Produk Muslim berdasarkan persekitaran Islam, penuh keikhlasan dan inovasi sehingga pengguna kami mendapat produk yang berkualiti, memuaskan dan berpatutan. Sebagaimana NILAI TERAS kami berunsurkan 

Islam

Ikhlas 

Inovasi

Makanlah tanpa was-was dengan Produk kami di Muslim Halal Industry (ARFI). 

Maka makanlah makanan yang halal, lebih baik dari rezeki yang telah diberikan oleh أللة kepada kamu dan syukurilah nikmat أللة. QS16:114


Hubungi kami

Terima kasih kerana melawat website Muslim Halal Industry. Sekiranya mempunyai persoalan yang tidak jelas, boleh lah dikemukakan kepada kami melalui Email admin@muslimhalalindustry.com atau hubungi kami melalui WhatsApp ke www.wasap.my/+601135752575/MHI